Powered By Blogger

Wednesday, June 23, 2010

Minuman Botani Tijari


Produk Minuman Botani Tijari adalah produk pemakanan pracampuran yang baru berada di pasaran pada awal bulan Jun 2010.

Produk keluaran Bumiputera Muslim ini dikilangkan bersandarkan konsep Halallan Thoyyibban ("Bersih lagi Suci ") untuk dinikmati oleh pengguna Muslim tanpa syak wasangka terhadap pengiktirafan halal.

Produk pemakanan dan minuman ini dihasilkan dari adunan pelbagai jenis bahan botani dan makanan sunnah seperti tamar, madu, habbatus sauda, kismis dan susu kambing.

Walaupun terdapat banyak produk-produk berunsurkan makanan dan minuman pracampuran serta jus-jus yang berada dipasaran yang dikeluarkan dan diedarkan, baik oleh pengeluar bumiputera muslim mahupun oleh yang bukan muslim, kami percaya, produk kami akan dapat menembusi pasaran dan bersaing dengan produk-produk lain yang telah sedia ada.
Buat permulaan, kami hanya mengedar dan memasarkan tiga jenis produk sahaja. Kami bercadang untuk mengeluar, mengedar dan memasarkan beberapa jenis produk lagi termasuk jus-jus campuran untuk dinikmati demi menjaga kesihatan di masa hadapan. InsyaAllah.

No comments: